KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mula menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) bermula Khamis sebagai langkah memperkukuh perlindungan pengguna serta menangani risiko keselamatan dalam persekitaran digital, khususnya melibatkan kanak-kanak dan institusi keluarga.
Menurut MCMC, akta baharu itu memperkenalkan rangka kerja perundangan yang mewajibkan penyedia perkhidmatan berlesen mengambil tanggungjawab lebih jelas dalam mengurus kandungan dan risiko dalam talian, termasuk melaksanakan tahap kawalan keselamatan bersesuaian mengikut risiko, menyediakan perlindungan khusus kepada kanak-kanak, serta mewujudkan saluran aduan dan sokongan kepada pengguna.
Penguatkuasaan ONSA melibatkan penyedia perkhidmatan yang memegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), merangkumi Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP), Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) dan Pemberi Perkhidmatan Rangkaian (NSP). Bagaimanapun, akta ini tidak terpakai kepada pengguna individu.
MCMC turut memaklumkan bahawa peruntukan “deeming” di bawah Seksyen 46A AKM 1998 akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2026, sekali gus memastikan platform media sosial yang memenuhi kriteria pelesenan tertakluk kepada keperluan perundangan tempatan.
Menurut suruhanjaya itu, pelaksanaan ONSA merupakan sebahagian daripada pendekatan kawal selia berperingkat bagi memastikan platform digital berskala besar yang beroperasi di Malaysia tertakluk kepada tahap pemantauan dan kebertanggungjawaban yang sewajarnya.
Dalam masa sama, MCMC menegaskan komitmen untuk terus bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk penyedia perkhidmatan, ibu bapa, pendidik, agensi penguat kuasa, pertubuhan masyarakat sivil serta komuniti bagi membentuk ekosistem digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 melalui laman web rasmi MCMC.

ONSA dikuatkuasakan, satu langkah besar! MCMC memperkenalkan tindakan untuk memastikan keselamatan digital, khususnya untuk melindungi kanak-kanak. Sebagai pengguna harian
As a parent, I appreciate MCMC’s focus on child protection online. It would be interesting to know how this act will be enforced across different platforms, especially in cases involving unregulated content.