
Sumber mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal membuat kejutan besar dalam kes berprofil tinggi membabitkan projek tebatan banjir bernilai lebih RM500 juta yang dianugerahkan kepada syarikat Mangkubumi Sdn Bhd, ketika pentadbiran bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man atau nama sebenarnya Tuan Ibharim Tuan Man
Difahamkan, SPRM sudah menyempurnakan kertas siasatan, dan pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim dijangka akan difailkan dalam waktu terdekat, menjadikannya pemimpin kanan PAS pertama yang didakwa atas tuduhan berkait salah guna kuasa dan rasuah semasa memegang jawatan menteri.
Pendedahan ini dipercayai berkait terus dengan siasatan yang dibuka sejak Disember 2022, ketika negara digemparkan dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion yang diluluskan secara rundingan terus dan tender terpilih hanya beberapa hari sebelum Parlimen dibubarkan.
Surat dan dokumen yang tersebar di media dan beberapa portal sejak itu terbukti menunjukkan Tuan Ibrahim sendiri menandatangani Surat Setuju Terima (SST) kepada syarikat Mangkubumi untuk projek menaik taraf kolam tebatan banjir Krubong-Durian Tunggal di Melaka berjumlah RM529,458,714.06. Tarikh tandatangan itu turut dipersoalkan kerana kelihatan ‘backdated’ dan ditulis tangan — memberi implikasi pelanggaran tatacara perolehan kerajaan semasa tempoh kerajaan caretaker.



Semua butiran lengkap SST Mangkubumi inni boleh di baca di sini; –
Tuan Ibrahim @Ibhahim sebelum ini menafikan pernah menandatangani sebarang SST, tetapi dokumen rasmi kementerian yang bocor menunjukkan beliau menandatangani Surat Setuju Terima syarikat Mangkubumi Sdn Bhd.

Semua SST ditandatangi sebelum 10 Oktober 2022 iaitu tarikh pembubaran parlimen untuk PRU-15. Mengapa ditandatangani sebelum PRU-15 kerana semuanya rasuah dibayar oleh Tan Sri Ir Zainudin Karjan pemilik syarikat Mangkubumi Sdn Bhd untuk dana pilihanraya.
Ada pihak PAS berkata SST dikatakan palsu atas nama Dato’ Sri Tuan Ibharim Tuan Man namun itu itulah nama sebenar Tuan Ibrahim sebagaimana penjelasan media sebelum ini.

Rasuah Projek Tebatan Banjir RM2 bilion
Sumber dalaman menyebut bahawa SPRM turut mengesan aliran wang mencurigakan, selain penglibatan ahli politik kanan lain termasuk bekas pemimpin UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dan proksi politik syarikat kontraktor terlibat yang terlibat dalam Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 Selangor kos RM2 bilion bertarikh 7 Oktober 2022. (Rujukan MOF.BPK (S)600-15/59/206 (4) kepada Syarikat MANGKUBUMI SDN BHD (MSB).
Dilaporkan Dato’ Sri Ismail Sabril (PM9), Tan Sri Noh Omar (BN Selangor), Dato’ Nazimah Hashim (SUSK), dan Dato’ Sri Tuan Ibharim Tuan Man (Menteri KASA) menerima rasuah daripada projek ini.
Berapa mereka dapat dari projek RM2 bilion ini?

Itulah kemahiran Mangkubumi. Selepas Tan Sri Ir Zainudin Karjan mengenakan Dato’ Seri Azeez Rahim dalam kes rasuah sebelum ini beliau beralih kepada Tan Sri Noh Omar bagi projek RM2 bilion.


Namun Dato’ Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dilaporkan telah dibebaskan dan dilepas oleh Mahkamah selepas pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Tan Sri Ir Zainudin Karjan pula membiayai kempen anak Anak Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang. semuanya hasil rasuah projek tebatan banjir.
Maka tidak menghairankan jika Tan Sri Ir Zainudin Karjan membayar rasuah kepada Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bekas Menteri KASA.
Tindakan Suruhanjaya Persaingan Malaysia
Membuktikan betapa Tan Sri Ir Zainudin Karjan dan Mangkubumi Sdn Bhd ini pembayar rasuah tegar dan kaki kawtim, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) pada April 2024, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendedahkan bahawa Mangkubumi adalah antara lapan syarikat yang mengetuai pakatan dalam tipuan bida (bid rigging) bagi projek-projek kerajaan sejak tahun 2019. Ini termasuk tender dari JKR dan JPS yang membabitkan nilai ratusan juta ringgit.
MyCC mengesahkan Syarikat Mangkubumi dan syarikat lain terbabit berpakat dalam berkongsi maklumat bidaan dan menyusun pemenang kontrak — yang akhirnya siapa menang tender adalah milik satu bentuk manipulasi pasaran yang secara langsung melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.
Rangkaian syarikat yang terlibat termasuk Mangkubumi Sdn Bhd, IDX Multi Resources, Dutamesra Bina dan Pintas Utama Sdn Bhd, kesemuanya dipercayai mempunyai hubungan langsung dengan tokoh korporat Tan Sri Ir Zainudin Karjan, yang mempunyai sejarah hubungan erat dengan ahli politik pelbagai parti — dari UMNO, BERSATU hingga ke PAS.

Kemuncaknya pada 28 Februari 2025, lapan syarikat kontraktor didalangi oleh Mangkubumi Sdn Bhd dan dioperasikan syaarikat Pintas Utama Sdn Bhd dikenakan denda hampir RM93 juta kerana terlibat sebagai kartel tipu bida tender dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS).

Pendakwaan bekas Menteri Alam Sekitar tepat!
SPRM wajar mendakwa Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berlagak suci kononnya dia bersih dan tidak meminta rasuah. Dalam himpunan Turun Anwar baru-baru ini beliau sangat lantang lupa beliau ketika jadi menteri juga ‘kaki songlap’.
Tuan Ibrahim sebagai Timbalan Presiden PAS, dilihat mendiamkan diri meskipun desakan demi desakan timbul dari pelbagai pihak agar beliau tampil menjelaskan peranan sebenar beliau dalam kelulusan projek-projek mega ini sebelum ini.
Kertas siasatan SPRM telah lengkap sejak tahun lalu SPRM sepatutnya meneruskan kes ini agar tidak membuka ruang spekulasi wujudnya amalan pilih kasih atau campur tangan politik.
Jika SPRM boleh dakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa tokoh korporat ternama, mengapa Tuan Ibrahim masih belum didakwa? Isunya bukan politik, tapi integriti sistem keadilan.
PMX wajar menggesa Tan Sri Azam Baki membuka siasatan dan mendakwa semula Tuan Ibrahim Tuan Man supaya menunjukkan pemimpin PAS juga tiada integriti.