
KUALA LUMPUR, 30 Julai 2025 – Chin Hin Group Bhd mengumumkan pelupusan keseluruhan pegangan dalam Metex Steel Sdn Bhd kepada EC Excel Wire Sdn Bhd dengan nilai tunai RM70 juta, menurut pemfailan kepada Bursa Malaysia hari ini.
Transaksi itu melibatkan 50 juta saham biasa dan akan menyaksikan Metex Steel tidak lagi menjadi anak syarikat milik penuh Chin Hin. Ia dijangka menjana keuntungan sekitar RM6.1 juta, berdasarkan nilai aset bersih Metex Steel sebanyak RM63.9 juta setakat 31 Mac 2025.
“Langkah ini memberi peluang kepada kumpulan menjana pulangan daripada pelaburan, menyusun semula aktiviti perniagaan dan memperkukuh aliran tunai,” kata syarikat itu.
Hasil jualan akan digunakan untuk keperluan modal kerja, pembiayaan inisiatif pengembangan perniagaan, dan lain-lain aktiviti strategik. Pelupusan itu dijangka dimuktamadkan menjelang suku keempat 2025.
Chiau Beng Teik dikaitkan dengan MBI, bayaran RM10 juta kepada ‘Tan Sri’ terbongkar
Pelupusan ini berlaku dalam situasi di mana Pengerusi Eksekutif Chin Hin, Datuk Seri Chiau Beng Teik, terus menjadi tumpuan susulan pendedahan media bahawa beliau merupakan antara individu bergelar ‘Datuk Seri’ yang didakwa menjadi proksi utama dalam skandal pelaburan Ponzi MBI International Group, yang dikendalikan oleh penjenayah kewangan buruan antarabangsa, Tedy Teow.
Pendedahan oleh portal penyiasatan The Corporate Secrets pada 22 Mei lalu mendedahkan bahawa Chiau didakwa membuat bayaran RM10 juta kepada seorang individu berpangkat ‘Tan Sri’, dikenali sebagai Tan Sri Kean Soon, dipercayai bagi melindungi aset dan kepentingan tertentu yang berkaitan dengan operasi MBI.
Portal itu turut mendedahkan dokumen pembayaran dan butiran transaksi yang dikaitkan dengan pelbagai pihak berprofil tinggi, termasuk tokoh korporat dan bekas penjawat awam yang didakwa digunakan sebagai ‘penjaga’ dana hasil skim MBI.
Walaupun Chiau belum didakwa secara rasmi, hubungan beliau dengan MBI dan individu-individu utama dalam rangkaian tersebut menimbulkan persoalan tentang struktur pemilikan, aliran dana, dan potensi konflik kepentingan dalam urus niaga korporat yang dikendalikannya.
Desakan ketelusan terhadap latar belakang pemegang saham
Pelupusan Metex Steel dilihat sebahagian daripada penstrukturan semula portfolio Chin Hin yang semakin fokus kepada sektor pembinaan dan bahan binaan bernilai tambah tinggi. Namun, penganalisis pasaran menggesa penjelasan lanjut berhubung latar belakang pengarah utama, khususnya susulan pendedahan yang melibatkan siasatan pengubahan wang haram dan perlindungan rangkaian kewangan MBI.
Setakat ini, pihak berkuasa belum mengumumkan sebarang tindakan terhadap Chiau Beng Teik, manakala Chin Hin Group hanya bertindak mengambil tindakan terhadap The Corporate Secret