
Politik tanah air kembali panas apabila kes saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, diumumkan selesai secara baik di Mahkamah Tinggi pada 9 September lalu

Namun, penyelesaian “damai” ini segera menimbulkan spekulasi baharu dicelah-celah kes bekas Menteri Alam Sekitar dan Air dibangkitkan kembali, – adakah Rafizi kini mahu menggunakan hubungan politik dengan PAS untuk menentang PMX dan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador dalam perebutan pengaruh dalam PKR dan kerajaan perpaduan?
Penyelesaian Luar Mahkamah
Dalam prosiding itu peguam kedua-dua pihak mengesahkan bahawa saman berhubung kenyataan Rafizi mengenai projek tebatan banjir ditarik balik tanpa kebebasan untuk difailkan semula. Rafizi turut bersetuju menurunkan semua hantaran media sosial berkaitan isu tersebut. Semakan menunjukkan semua artikel pendedahan terhadap Tuan Ibrahim telah diturunkan daripada blog rasmi Rafizi Ramli

Kenyataan bersama mereka menyebut:
“Memandangkan isu keterlibatan Tuan Ibrahim dalam penganugerahan projek tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion kepada Mangkubumi Sdn Bhd bukanlah tumpuan kenyataan media Rafizi sebelum ini, maka isu tersebut tidak lagi berbangkit.”
Kedua-dua pemimpin dilihat bersalaman sebelum meninggalkan mahkamah – tanda “perdamaian” yang nyata mengejutkan ramai pemerhati politik.
Mengapa Skandal Tebatan Banjir?
Pada Ogos lalu melalui sumber portal The Corporate Secret mendedahkan semula siasatan SPRM yang sedang berjalan terhadap Tuan Ibrahim berkaitan projek tebatan banjir bernilai RM529 juta.
Menurut laporan itu, projek yang diluluskan semasa beliau menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air didakwa diberikan secara tender terpilih kepada kontraktor tertentu tanpa tender terbuka. Begitu juga Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 Selangor kos RM2 bilion bertarikh 7 Oktober 2022. (Rujukan MOF.BPK (S)600-15/59/206 (4) kepada Syarikat MANGKUBUMI SDN BHD (MSB) yang dibawa Tan Sri Noh Omar dan Dato’ Nazimah Hashim (SUSK) PM9 Ismail Sabri.
Semua ini mempunyai komisen projek jutaan ringgit kepada Tuan Ibrahim Tuan Man dan Tan Sri Noh Omar.
Laporan tersebut menyebut SPRM sudah pun melengkapkan kertas siasatan dan hanya menunggu arahan Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa Tuan Ibrahim.
Namun menjadi persoalan mengapa SPRM menghentikan pendakwaan terhadap Tuan Ibrahim?
Apakah kerana Suruhanjaya Persaingan (MyCC) telah mendenda Syarikat milik Tan Ir Zainuddin Karjan, Mangkubumi Sdn Bhd dan Pintas Utama Sdn Bhd RM93 juta kerana terlibat sebagai kartel tipu bida tender dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan Saliran (JPS) pada Februari dan Mac 2025 maka SPRM tidak perlu diambil tindakan lagi?

Semua tahu siapa kartel Tan Ir Zainuddin Karjan yang menggunakan Mangkubumi Sdn Bhd sapu projek di JKR, Jabatan Pengairan dan pelbagai Kementerian menggunaka rasuah membayar Menteri dan Pegawai kerajaan.
Isyarat Politik Baharu- Rafizi lawan Farhash guna PAS?
Penyelesaian damai kes saman ini menimbulkan tanda tanya besar: mengapa Rafizi yang lantang mendedahkan skandal rasuah kini memilih jalan berdamai?
Dalam satu pertemuan sulit yang dihadiri pemimpin politik dan kontraktor awal September lalu Rafizi terang-terang menentang PMX dan menyerang Datuk Seri Farhash Wafa Salvador sebagai punca serangan terhadap keluarganya baru-baru ini.

Menurut Rafizi beliau berdepan cabaran politik getir menjatuhkan Farhash, bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengukuhkan pengaruhnya dalam PKR dan dunia korporat. Maka Rafizi mahu menjalin “tali hayat” dengan PAS, khususnya melalui Tuan Ibrahim, bagi membentuk pakatan politik baharu di belakang tabir.
Seorang pemerhati politik yang hadir dalam perjumpaan bersama Rafizi itu berkata;
“Rafizi mungkin sudah sedar beliau tidak cukup kuat melawan Farhash dalam PKR. Jadi, strategi paling mudah ialah menggunakan PAS sebagai rakan tawar-menawar. Saman ini diselesaikan secara baik hanyalah isyarat awal.”
Menurut Rafizi beliau menunggu masa mendedahkan segala butiran mengenai Datuk Seri Farhash.
Rasuah Masih Jadi Tanda Tanya
Walau kes saman sudah ditutup, persoalan besar masih kekal – bagaimana dengan siasatan rasuah tebatan banjir berbilion ringgit diberi Surat Setuju Terima (SST) sebelum PRU sebelum 10 Oktober 2022 itu? Terutama projekRM529 juta ditandatangani oleh Tuan Ibharim Tuan Man?
Adakah kes berprofil tinggi ini akan terus senyap selepas “perdamaian” politik berlaku?
SPRM sebelum ini dilaporkan bakal mendakwa Tuan Ibrahim, namun sehingga kini tiada perkembangan rasmi diumumkan.
Hakikatnya, rakyat masih menanti jawapan. Adakah kes ini akan berakhir seperti banyak kes besar lain – disenyapkan demi kepentingan politik?
Apakah Farhash akan berdiam diri dari serangan Rafizi atau menggesa SPRM terus membongkar projek tebatan banjir?
Kes saman Tuan Ibrahim–Rafizi mungkin sudah selesai, tetapi isu pokok iaitu pendedahan rasuah projek tebatan banjir RM529 juta masih membayangi. Penyelesaian ini hanya membuka spekulasi baharu tentang pakatan sulit politik demi kelangsungan kuasa, manakala rakyat terus menanti tindakan tegas terhadap rasuah mega.