
Selepas aduan mengenai pembinaan bangunan haram kini penduduk di kawasan perumahan mewah The Reserve @ Puncak Kayangan di Taman Tiara Kemensah Ampang kini penduduk melahirkan rasa kesal dan kebimbangan berhubung kewujudan aktiviti penternakan haram yang dijalankan secara terang-terangan di dalam kawasan yang diwartakan sebagai zon kediaman.

Menurut Persatuan Penduduk The Reserve, aktiviti penternakan lembu dan kerbau yang dijalankan oleh seorang ahli perniagaan di kawasan tersebut bukan sahaja melanggar peraturan zon perancangan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), malah telah mencetuskan pencemaran bau, bunyi serta sisa najis haiwan yang mengancam kesihatan dan ketenteraman penduduk setempat.

“Kawasan perumahan mewah seperti ini sepatutnya bebas dari sebarang aktiviti penternakan. Kami bayar premium untuk hidup dalam persekitaran yang bersih dan aman, tetapi sekarang hidup kami terganggu oleh bau busuk dan lalat dari kandang lembu yang dibina secara haram,” kata seorang penduduk yang enggan dinamakan.
Melanggar Zon Guna Tanah
Di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), kawasan berstatus kediaman tidak dibenarkan untuk sebarang aktiviti pertanian atau penternakan melainkan diberi kelulusan khas melalui pindaan Rancangan Tempatan.
Namun berdasarkan semakan, kawasan tersebut telah diwartakan sebagai zon kediaman sepenuhnya, dan tidak pernah diluluskan sebarang permohonan untuk aktiviti penternakan komersial. Oleh itu, tindakan tersebut bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga merupakan satu bentuk penggunaan tanah yang menyalahi syarat.
Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya Encik Johari Bin Atli bersama pasukannya nampaknya masih tidur atau pegawainya dah makan rasuah?

Kelalaian Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan PBT
Walaupun pelbagai aduan telah dibuat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), tindakan penguatkuasaan masih belum diambil. Aktiviti penternakan terus berjalan tanpa lesen, permit atau pemantauan dari mana-mana agensi berkaitan.
JPV sepatutnya boleh bertindak di bawah beberapa peruntukan undang-undang, termasuk:
- Akta Binatang 1953 (Akta 647)
- Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772)
- Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Penternakan Komersial) 2023
Selain itu, pihak PBT melalui MPAJ juga mempunyai kuasa di bawah Undang-Undang Kecil PBT untuk mengarahkan penutupan atau merobohkan struktur yang dibina tanpa kelulusan serta mengkompaun pelanggaran terhadap syarat kegunaan tanah.
Setakat ini Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Selangor dan JPV pentadbiran Daerah Hulu Langat masih belum bertindak. Apakah pegawai dibayar oleh pengusaha haram?


Kesan Terhadap Alam Sekitar dan Kesihatan Awam
Penternakan haram yang dijalankan tanpa kawalan turut mengabaikan aspek kebersihan dan pengurusan sisa, menyebabkan pencemaran air longkang, bau najis yang keterlaluan serta pembiakan lalat dan nyamuk yang menimbulkan risiko penyakit berjangkit. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam, tetapi juga menjejaskan nilai hartanah di kawasan tersebut.
Desakan Tindakan Segera
Penduduk mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan penguatkuasaan segera, termasuk merobohkan kandang haram tersebut, mengkompaun pelaku, dan jika perlu, mengambil tindakan mahkamah.
“Kami tidak menolak aktiviti penternakan, tetapi ia mesti dijalankan di kawasan yang dibenarkan, bukan di belakang rumah kami,” tegas wakil persatuan penduduk.
Adalah menjadi kewajipan pihak JPV dan MPAJ untuk memastikan semua aktiviti penternakan mematuhi undang-undang sedia ada demi melindungi kesejahteraan dan kesihatan awam. Jika pembinaan bangunan boleh diserbu bermakna penternakan haram berhampiran perumahan juga boleh batalkan
Walau bagaimanapun, penternakan ini terus beroperasi tanpa lesen, tanpa permit, dan tanpa pengurusan sisa yang sewajarnya, menyebabkan pencemaran bau, bunyi dan gangguan serangga seperti lalat dan nyamuk, yang membahayakan kesihatan penduduk dan merosakkan nilai hartanah mereka.
Tindakan tidak diambil walaupun banyak aduan dibuat telah menimbulkan tanda tanya besar dalam kalangan penduduk sama ada wujud unsur salah guna kuasa atau “kawtim” dengan penternak haram tersebut.
“Kita tidak menuduh tanpa bukti, tetapi apabila aduan dibuat bertahun-tahun dan tidak ada tindakan langsung – kita tiada pilihan lain selain membawa perkara ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” ujar seorang ahli jawatankuasa persatuan penduduk.
Penduduk Bakal Laporkan kepada SPRM
Persatuan Penduduk kini sedang mengumpulkan dokumen, salinan aduan, gambar bukti dan surat rasmi untuk diserahkan kepada SPRM jika tiada tindakan segera diambil oleh MPAJ dan JPV dalam tempoh terdekat.
“Kita perlu tahu – adakah ada pegawai yang disogok untuk menutup kes ini? Atau adakah individu tertentu mempunyai pengaruh politik yang menyebabkan mereka ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang?” tegas persatuan penduduk.
Penternakan haram di kawasan kediaman bukan sekadar isu peraturan kecil – ia adalah pelanggaran undang-undang yang memberi kesan langsung kepada kesihatan awam, keselamatan dan maruah sistem penguatkuasaan negara.
Jika pihak berkuasa terus gagal bertindak, penduduk berhak membawa perkara ini ke perhatian SPRM.
Nota: Aduan dihantar melalui emel.