
Tan Sri Dato’ Seri Shahril bin Shamsuddin bekas Pengerusi Sapura Energy Berhad disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai lebih RM500 juta.
Difahamkan, siasatan juga menjurus kepada unsur rasuah melibatkan beberapa pelaburan selepas penggabungan Sapura Kencana Petroleum Berhad (SKPB) dan Sapuracrest Petroleum Berhad yang kemudian dikenali sebagai SEB.
Sumber berkata, tokoh korporat itu sudah dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk rakaman percakapan pada 5 dan 6 Mei bagi membantu siasatan namun tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.
Katanya, siasatan dan penggeledahan juga dijalankan di beberapa lokasi iaitu Sapura@Mines di Seri Kembangan, Menara Permata Sapura di Kuala Lumpur, dan kediamannya sekitar Selangor serta ibu negara.
“Fokus siasatan menjurus kepada kesalahan bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 iaitu salah guna kuasa dalam isu ganjaran (gaji, bonus dan syer), ‘branding fee dan private placement’ dari 2012 hingga 2021.
“Siasatan juga sedang mengenal pasti kesalahan pecah amanah, salah guna dana dan pemalsuan bawah Kanun Keseksaan,” katanya.
Menurut sumber, sebanyak 83 akaun bank milik lima individu dan 15 syarikat melibatkan nilai kira-kira RM158.26 juta dibekukan susulan siasatan.
“Tindakan penyiasatan tatakelola juga akan dijalankan,” katanya.
Apakah siasatan terhadap Tan Sri Shahrir akan heret Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir?
Kelahiran Sapura Energy adalah hasil percantuman antara Kencana Petroleum Bhd milik Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir dengan SapuraCrest Petroleum Bhd yang membentuk SapuraKencara Petroleum Bhd (SapKen) di tahun 2012 dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia di bulan Mei, 2012, sebelum ditukar namanya kepada Sapura Energy Bhd pada tahun 2017.

Namun demikian, hanya 4 bulan sebelum kejatuhan harga minyak mentah dunia di tahun 2014 Mokhzani melalui syarikat pegangannya, Khasera Baru Ltd. telah menjual 190.3 juta saham dalam Sapken yang mana beliau telah memperolehi RM820 juta.
Mokhzani kemudiannya meletakkan jawatan dalam lembaga pengarah di tahun 2015 tetapi masih mengekalkan sebahagian sahamnya dalam SapKen. Tahun 2017, Mukhzani telah menjual 605 juta sahamnya yang bersamaan 10.1% dalam Sapura Energy.
Antara pertengahan tahun 2014 hingga awal tahun 2016 ekonomi dunia mengalami salah satu penururan harga minyak yang drastik dalam sejarah moden. Pertama kali selepas Perang Dunia II dan yang kali kedua ialah di tahun 1986. Bermakna penjualan saham Mokhzani 4 bulan sebelum kejatuhan harga minyak dunia di tahun 2014 dan penjualan saham kedua di tahun 2017 telah memberi impak yang tidak kurang besarnya dalam syarikat.
‘Bail-Out’ kerajaan melalui PNB – Tan Sri Zeti bawah PM 7 (Tun Dr Mahathir)
Dalam tahun 2019, PNB menambah pelaburan sebanyak RM2.68 billion dalam Sapura Energy yang menjadikan PNB sebagai pemegang saham terbesar dengan kepentingan 40% yang ketika itu Sapura Energy mencatatkan kerugian atas kertas yang amat besar.

Ini bermakna Sapura Energy lebih awal ‘bail-out’ oleh Tun Dr Mahathir PM7 dan Tan Sri Zeti (Pengerusi PNB) untuk menjadikan syarikat itu sebagai GLC pada tahun 2019.
Sapura Energy hampir muflis tahun 2022. Banyak aset dijual untuk menutup hutang Sapura. Dan sekali lagi pada Mac 2025 Sapura di selamatkan oleh Kerajaan Madani dengan pinjaman RM1.1 b atas alasan menyelamatkan vendor-vendor bumiputera yang kerugian.
Perebutan harta keluarga SAPURA
Sebelum ini adik Tan Sri Shahril, Datuk Shahriman Shamsuddin bekas Pengarah Urusan Sapura Resources Berhad turut terlibat dengan salah guna kuasa. Datuk Shahriman telah dengan sengaja mengelirukan Lembaga Pengarah untuk menjual unit penerbangan pada harga jauh lebih rendah sedangkan beliau mempunyai maklumat bahawa unit tersebut berpotensi menjana keuntungan besar pada masa hadapan.

The Corporate Secret telah mendedahkan salah laku Datuk Shahriman ini;
Perebutan harta antara anak Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, Tan Sri Shahril dan Datuk Shahriman semakin kompleks melibatkan dalang baru iaitu isteri muda Tan Sri Shamsudin, Puan Sri Mariam Parineh yang mahu memadam semua legasi nama isteri pertama Puan Sri Siti Sapura Husin ‘SAPURA’
Apakah selepas Tan Sri Shahril dipanggil maka adiknya Datuk Shahriman juga akan diheret SPRM?
PROFIL TAN SRI DATO’ SERI SHAHRIL SHAMSUDDIN

Latar Belakang & Pendidikan
- Nama Penuh: Tan Sri Dato’ Seri Shahril bin Shamsuddin
- Tarikh Lahir: Sekitar tahun 1961
- Kewarganegaraan: Malaysia
- Pendidikan:
- Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Teknologi dari MIT Sloan School of Management, Amerika Syarikat
- Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Industri dari California Polytechnic State University, Amerika Syarikat
- Anugerah:
- Panglima Jasa Negara (PJN) – membawa gelaran “Datuk” (1998)
- Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar (SPTJ) – membawa gelaran “Dato’ Seri” (2007)
- Legion d’Honneur dari Republik Perancis (2007)
- Tan Sri – dianugerahkan melalui Panglima Setia Mahkota (PSM) (2013)
- Ernst & Young Malaysia Entrepreneur of the Year (2009)
- Ijazah Kehormat dalam Pengurusan Teknologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (2013)
Kerjaya & Kepimpinan
- Pengasas & Bekas CEO:
- Sapura Energy Berhad (sebelum ini dikenali sebagai SapuraKencana Petroleum Berhad)
- Sapura Group – sebuah konglomerat Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1975 dengan pelbagai sektor perniagaan termasuk minyak dan gas, pembuatan, hartanah, penerbangan, pertahanan, dan kereta api
- Peranan dalam Sapura Energy:
- Mula berkhidmat sebagai Presiden dan CEO pada 9 Disember 2011
- Menerajui transformasi syarikat dari kontraktor tempatan kepada penyedia perkhidmatan minyak dan gas global yang bersepadu
- Menyelia penggabungan antara SapuraCrest Petroleum Berhad dan Kencana Petroleum Berhad pada tahun 2012
- Menyerahkan jawatan sebagai Presiden dan CEO pada 22 Mac 2021 selepas mencapai umur persaraan 60 tahun